RATUSAN mangsa dilapor masih terperangkap di bawah runtuhan Hospital al-Ahli Arabi, Gaza, selepas lebih 700 orang terbunuh dalam serangan udara rejim pengganas Israel pada Selasa.
Menurut Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza, ribuan mangsa lagi sedang mendapatkan rawatan perubatan dan perlindungan di hospital.
Lapor Press TV, Pertahanan Awam Palestin berkata, serangan itu adalah paling dahsyat sejak 2008.
“Pembunuhan beramai-ramai di hospital tersebut tidak pernah berlaku dalam sejarah. Meskipun kita menyaksikan banyak tragedi ketika peperangan sejak beberapa hari lalu, namun apa yang berlaku pada malam ini sama dengan pembunuhan beramai-ramai,” kata jurucakapnya, Mahmoud Basal.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) turut mengutuk serangan rejim Zionis itu sebagai pembunuhan beramai-ramai.
❌This is a genocide!
Hundreds of martyrs as a result of the occupation forces targeting the Al-Ma'madani Hospital in Gaza Strip, where thousands of displaced people are forcibly residing.#Gaza_under_attack pic.twitter.com/P9V8aKIWDI— PRCS (@PalestineRCS) October 17, 2023
Sementara itu, pejabat media Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menyifatkan serangan itu sebagai jenayah perang.
“Hospital itu menempatkan ratusan orang yang sakit dan cedera, manakala orang ramai dipindahkan secara paksa dari kediaman mereka kerana ada serangan lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas mengisytiharkan tiga hari berkabung susulan serangan terbabit.
Gambar dari Hospital al-Ahli memaparkan api menyambar, kaca pecah serta anggota badan milik mangsa-mangsa tragedi itu terputus dan bertaburan di seluruh bangunan itu.
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan keadaan di Gaza semakin tidak terkawal.
“Setiap kali kita menunggu untuk mendapatkan bantuan perubatan, ketika itu ada yang kehilangan nyawa.
.@WHO strongly condemns the attack on Al Ahli Arab Hospital in north Gaza.
Early reports indicate hundreds of deaths and injuries.
We call for the immediate protection of civilians and health care, and for the evacuation orders to be reversed.#NotATarget https://t.co/6I4t99WV03— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) October 17, 2023
“Kita memerlukan akses segera untuk mula menyampaikan bekalan yang menyelamatkan nyawa,” tulisnya di laman X.