HomeGlobalSanggup telan cacing demi kejar 'view' di media sosial!

Sanggup telan cacing demi kejar ‘view’ di media sosial!

DEMI menghasilkan kandungan menarik, seorang lelaki di Amerika Syarikat dengan beraninya melakukan perkara luar jangkaan iaitu menelan cacing pita.

Meskipun sedar akan risikonya, lelaki dikenali Nicolas itu masih tetap mahu meneruskan ‘kerja gila’ itu tanpa berfikir panjang.

“Saya fikir saya akan meneruskan hidup saya seperti biasa,” kata Nicolas memetik The Sun, lapor portal Okezone.

Laporan sama turut menyatakan bahawa cacing pita yang dimakan itu boleh mengakibatkan tubuh badan kehilangan nutrisi sekali gus menimbulkan gejala seperti mual, cirit-birit dan keletihan.

Untuk pengetahuan, cacing pita adalah sejenis cacing parasit yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Malah, cacing berkenaan juga mampu membiak dalam tubuh badan manusia kerana cacing pita berevolusi melalui tiga cara iaitu telur, larva dan cacing dewasa.

Author

Pilihan Editor