HomeBeritaViral'Saya belai-belai awak boleh?' - Lelaki trauma digoda kaum sejenis

‘Saya belai-belai awak boleh?’ – Lelaki trauma digoda kaum sejenis

TRAUMA! Itulah yang dirasakan oleh seorang pemuda apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual oleh kaumnya sendiri.

Pemuda yang dikenali sebagai Shaherin Eizad sempat merakam video dia didekati seorang lelaki yang mengajaknya melakukan perkara tidak senonoh.

Eizad menerusi TikTok @shrn_eizad menjelaskan pada ketika itu dia sedang mencari cara untuk membuka pintu hotel namun dengan tiba-tibanya, dia didatangi seorang lelaki yang menaiki kereta berwarna putih.

“Jadi laki pun dah tak selamat sekarang, trauma dah aku nak healing sorang-sorang lepas ni, betul lah orang cakap buat badan ni laki yang suka,” luahnya.

Menurut Eizad, lelaki terbabit cuba mengajaknya menaiki kereta untuk dibawa beronda.

Malah, lelaki itu turut menyatakan bahawa Eizad merupakan lelaki paling kacak yang pernah dijumpainya.

Lebih menyeramkan, lelaki terbabit membuat permintaan pelik iaitu mahu memegang tangan dan membelai Eizad

“Boleh saya pegang tangan Eizad tak? Saya belai-belai awak boleh?” kata lelaki itu.

Melihatkan permintaannya tidak dilayan, pemilik kereta berwarna putih terus memandu pergi. Namun, kembali semula kerana masih tidak berpuas hati kerana ditolak pemuda itu.

Sementara itu, Eizad mendakwa akan menggunakan kekerasan fizikal untuk melindungi dirinya sekiranya lelaki tersebut keluar dari kereta.

https://www.tiktok.com/@shrn_eizad/video/7286072622297746695?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7206178105420596737

Namun begitu, selepas mengetahui dirinya dirakam, lelaki itu terus beredar dari kawasan tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dalam masa yang sama bimbang dengan keadaan pemuda itu.

“Allah, kitonyo ghisauuu bang selamat dah kan? Alhamdulillah cepat pulih trauma bang,” luah netizen.

Part belai aku dah dekah, Ya Allah takut,” kongsi pengguna TikTok

First time tengok laki kena ngorat. Mesti tak tido malam tu,” komen netizen.

TikTok @shrn_eizad

Author

Pilihan Editor