HomeBeritaViral'Sumpah buruk beg tu' - Netizen kecam wanita beli beg RM44,500

‘Sumpah buruk beg tu’ – Netizen kecam wanita beli beg RM44,500

CYBERJAYA: Video tular seorang wanita membeli sebuah beg tangan berjenama mewah berharga RM44,500 dengan menggunakan wang tunai menerima pelbagai respons dalam kalangan warga net.

Dalam video tersebut, pekerja di butik berkenaan kelihatan sedang mengira sejumlah wang RM50 menggunakan mesin pengiraan sambil disaksikan wanita terbabit.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warga maya yang kebanyakan mendakwa wanita itu tidak menggunakan kad kredit atau debit untuk mengelakkan dari membayar cukai.

“Pakai cash sebab takut LHDN tau erk?” selar netizen.

Confirm LHDN sedang memerhati. Siap sedia ler… giler bawak duit cash banyak tu in public area… bangga ker dapat pikul cash banyak, show off. Sape ler mangkuk tu kan,” komen netizen.

Malah, netizen turut tertanya-tanya mengenai citarasa golongan berada yang dilihat ‘jelik’.

“Tak dengki tapi ada design lain lagi lawa dengan harga yang lebih berpatutan agitchu,” luah netizen.

“Tak kisah la duit cash ke credit, tapi sumpah buruk beg tu beli la yang elok sikit,” komen pengguna X.

Author

Pilihan Editor