HomeGlobalTegas sokong Palestin, Huda Beauty tak peduli diboikot Israel

Tegas sokong Palestin, Huda Beauty tak peduli diboikot Israel

PENGASAS produk kecantikan terkemuka, Huda Beauty lantang menempelak semula seorang pengguna, yang membuat kecaman atas pendiriannya menyokong perjuangan Palestin.

Pada 9 Oktober lalu, Huda Kattan memuat naik beberapa keping foto di laman Instagram, memaparkan dirinya menyambut ulang tahun kelahiran kali ke-40 di sebuah resort mewah Atlantis The Royal, di Dubai.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat dari seluruh dunia membanjiri ucapan ulang tahun kelahiran buat jurusolek tersebut.

Malah, ramai di antara mereka yang turut meminta usahawan kosmetik itu untuk memilih sama ada  menyatakan sokongan ke atas Palestin mahu pun negara haram, Israel.

Bukan itu sahaja, hantaran tersebut juga menjadi platform buat penyokong Palestin dan Israel melakukan perbalahan.

Ini susulan peperangan antara Palestin dan Israel yang masih belum berakhir sejak minggu lalu.

Huda Kattan menyatakan pendirian tegas menyokong Palestin sejak dari dulu. -Foto: Instagram hudabeauty

Namun, terdapat satu komen yang dilihat menarik perhatian wanita berdarah Iraq-Amerika itu untuk memberi respons.

Seorang pro-Israel dikenali sebagai tohar.sagi tampil mendakwa bahawa, orang Israel dari seluruh dunia amat meminati wanita itu serta produk kosmetik yang dihasilkannya.

“Mereka menghabiskan banyak wang untuk memiliki produk anda, tetapi anda memilih (menyokong) Gaza.

“Jadi ingatlah, tiada lagi orang Israel yang akan membeli produk anda di mana-mana sahaja ia dijual di dunia. Dan ia memalukan kerana kami melakukan pembelian dalam kuantiti banyak.

“Pada pendapat saya, Gaza tidak mempunyai wang untuk melabur di dalamnya (Huda Beauty). Ini kerana mereka lebih gemar melabur untuk membeli senjata.

“Saya harap anda mempunyai hari yang indah. Begitulah cara kejatuhan saham syarikat dan tindakan menyokong pembunuhan adalah tidak bagus,” tulisnya lagi.

Tangkap layar komen balas individu pro-Israel dan Huda di laman Instagram.

Tidak terkesan dengan ugutan boikot itu, hartawan tersebut dengan tenang menjawab bahawa, dia sama sekali tidak memerlukan wang hasil daripada kekejaman dilakukan ke atas rakyat Palestin.

I don’t want blood money,” katanya.

Sebelum ini, Huda adalah antara pempengaruh yang lantang bersuara secara konsisten bagi menentang pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.

Sebagai tindak balas kepada peningkatan keganasan di pekarangan Masjid Al-Aqsa pada Mei 2021, Huda Beauty menerbitkan entri blog bertajuk ‘5 Cara Anda Boleh Menyokong Palestin Sekarang’.

 

 

Author

Pilihan Editor