HomeHiburanTertutup pintu hati buat jejaka, ini antara 6 ciri tambat hati Sophia...

Tertutup pintu hati buat jejaka, ini antara 6 ciri tambat hati Sophia Al Barakbhah

PETALING JAYA: Kisah cinta Sophia Al Barakbhah masih mendapat tumpuan ramai, meskipun ketika ini tidak mengenali rapat dengan mana-mana jejaka.

Terdahulu, aktres jelita itu mengakui bahawa pintu hatinya sudah tertutup sepenuhnya untuk sesiapa, selepas putus cinta dengan lelaki yang dikenali sebagai Mr. Doktor.

Sophia, 30, juga berkata, dirinya kini hanya fokus terhadap kerjaya tanpa mahu terikat dengan mana-mana hubungan cinta, yang boleh menganggu emosi dan komitmen kerjayanya.

Namun, sekiranya pintu hatinya sudah terbuka, dia masih sempat berkongsi tentang beberapa ciri jejaka yang menepati kriterianya.

“Sophia suka orang yang caring, bertanggungjawab, matang, memahami dan seseorang yang boleh jaga saya.

“Dia juga perlulah bijak. Banyak lagi sebenarnya tapi ini antara ciri-cirinya,” katanya ketika ditemui di Hotel Sheraton, di sini pada Selasa.

Sophia ditemui selepas majlis pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey.

Antara pelakon yang membintangi filem Harimau Malaya: The Untold Journey.

Filem arahan Datuk Afdlin Shauki itu mengisarkan tentang kisah sebenar yang tersembunyi di sebalik perjuangan skuad bola sepak kebangsaan.

Ia dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama seperti Sophia, Aidil Aziz, Syafiq Kyle, Namron, dan Tony Eusoff.

Mengulas lanjut, Sophia menafikan dakwaan bahawa dia dipulaukan oleh pelakon-pelakon lain ketika penggambaran sesebuah drama atau filem.

Sebaliknya, dia mengakui bahawa dia seorang pendiam, introvert dan kurang bersosial.

“Sekarang ini saya baik dengan Siti Khadijah Halim (pelakon). I tend to be close dengan pelakon-pelakon senior.

“Saya tak asingkan diri, saya bukan antisosial tapi saya cuma pendiam dan pemalu.

“Saya berkawan dengan semua tapi kalau kawan baik sudah tentulah individu ketika zaman saya belajar,” jelasnya.

Menjawab mengenai beberapa kontroversi sebelum ini, Sophia yang baru berkecimpung dalam dunia seni mengakui bahawa dirinya pada mulanya letih berdepan dengan perkara itu, namun dia sedang cuba membiasakan diri.

“Perkara (kontroversi) yang saya buat sama ada betul atau tidak, saya perlu melaluinya sebab saya bergelar anak seni.

“Sejujurnya pada mulanya menganggu (emosi) tapi lama-kelamaan saya rasa kena kuat. Saya tak boleh biarkan perkara kecil ganggu kerjaya saya.

“Daripada situ, saya tak kisah apa orang lain nak cakap, saya kenal diri saya. Orang yang kenal saya tahu saya macam mana. Orang yang bercakap (perkara bertentangan) semua tahu ke siapa saya?” soalnya.

@mediavariasinews

Korang nak tahu 6 ciri-ciri jejaka tambat hati Sophia AlBarakbhah?? Tonton video penuh ! #selebriti #sophiaalbarakbah #HarimauMalaya

♬ original sound – Media Variasi News – Media Variasi News

Author

Pilihan Editor