PERANG Palestin-Israel di Semenanjung Gaza kini semakin menjadi perhatian dunia baik secara realiti mahupun di media sosial.
Meskipun tidak dapat turun padang berjuang menjaga kesucian agama, namun rata-rata umat Islam di pelosok dunia kekal utuh memberi sokongan dari pelbagai aspek merangkumi bantuan kewangan, barangan keperluan, menyampaikan perkembangan semasa dan titipan doa.
Namun, dek kerana kebanyakan platform media sosial yang popular masa kini dikuasai oleh golongan ‘pihak lawan’ lantas mengakibatkan banyak hantaran berkaitan isu semasa di Gaza disekat terang-terangan.
Malah, ada juga pihak yang menjadi penghubung menyampaikan situasi disana hampir kehilangan akaun media sosial mereka gara-gara terlalu banyak memuat naik hantaran berkaitan kekejaman rejim Zionis Israel.
Perkara ini dilihat seolah-olah cuba mengawal kuasa media daripada terus-menerus memberikan informasi mengenai keadaan semasa saudara sesama Islam yang terus disakiti tanpa belas kasihan oleh Zionis itu.
Justeru, bagi memastikan ‘talian’ antara penduduk Palestin dan dunia luar itu tidak terputus, seorang pempengaruh media sosial, Hazeman Huzair tampil memberi solusi terhadap warga net khususnya buat mereka yang hampir kehilangan akaun media sosial gara-gara ‘posting’ isu di Palestin.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman X, Haze menyarankan orang ramai supaya memastikan segala hantaran yang dimuat naik itu diselangi dengan video atau foto secara rawak.
Jelasnya, perkara itu bertujuan untuk mengurangkan risiko pihak aplikasi terbabit mengesan hantaran yang dimuat naik berkaitan isu konflik di Palestin.
“PSA untuk korang yang dah kena shadowban and mute oleh Algorithm IG & FB disebabkan posting isu Gaza. Algo social media Meta has always been about keeping you within the app as long as possible. So they will bump you up if you keep promoting within the app,” tulisnya di X.
PSA untuk korang yang dah kena shadowban and mute oleh Algorithm IG & FB disebabkan posting isu Gaza.
Algo social media Meta has always been about keeping you within the app as long as possible. So they will bump you up if you keep promoting within the app. pic.twitter.com/HvDW71DsGV
— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) October 15, 2023
Sementara itu, seorang lagi pengguna X turut berkongsi kaedah lain untuk berkongsi berita perkembangan semasa di Palestin dengan cara tidak memuat naik video secara terus di aplikasi tersebut, sebaliknya memuat naik video yang di ‘screen record’ sahaja.