HomeBeritaViralWarga asing makin berani! Selamba main judi di tempat awam

Warga asing makin berani! Selamba main judi di tempat awam

CYBERJAYA: Video tular memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing sedang asyik bermain judi terkejut apabila disergah oleh seorang individu tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video TikTok @blackpesol, kelihatan warga asing secara terbuka menjalankan aktiviti perjudian di sebuah laluan pejalan kaki.

Berdasarkan video tersebut, sekumpulan warga asing sedang mengerumuni seorang individu yang disyaki menjadi dalang kepada akitiviti haram terbabit.

Dalam video itu juga kelihatan secara jelas permainan judi berasaskan kad poker di atas papan seterika.

Malah, individu yang disyaki dalang itu kelihatan menggenggam sejumlah wang di tangan dipercayai sebagai wang taruhan.

Sehubungan itu, perakam video terus menjerkah sekumpulan warga asing terbabit serta memberi amaran untuk tidak melakukan aktiviti haram itu lagi.

Insiden tersebut difahamkan berlaku di laluan pejalan kaki dekat Jalan Jelatik Keramat, Kuala Lumpur, namun belum dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian itu.

@blackpesol

#videoviral #fyp #fypシ

♬ original sound – blackpesol – blackpesol

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan tindakan berani pemilik video tersebut.

“Terbaik la bang… jangan dorang ingat boleh buat apa yang dorang suka buat,” komen netizen.

“Tanya elok-elok dok senyum-senyum… haa kena jerkah sekali berubah muka,” kongsi netizen. 

“Terbaik bang. Sorang pon jadi,” kongsi pengguna TikTok.

Author

Pilihan Editor