PELAKON drama High Council, Amir Ahnaf menafikan tuduhan segelintir warga net mendakwa dirinya merampas aktres Anna Jobling daripada Meerqeen.
Menurut Muhammad Amir Ahnaf Mohd Kharudin atau Amir, 23, tidak timbul isu merampas kekasih orang kerana hubungannya dengan Anna hanyalah sebatas rakan sekerja.
“Apa yang saya boleh katakan saya tidak ada rampas apa-apa, saya hanya mahu bekerja sahaja. Saya tak ada rampas lah.
“Ada komen-komen yang dakwa saya sebagai perampas. Jadi ingin saya jelaskan kebenarannya di sini, saya hanya fokus bekerja sahaja,” katanya memetik Gempak.
Sementara itu, Amir turut memaklumkan hubungannya bersama Meerqeen juga baik dan pelakon itu turut memberikan sokongan buat dirinya.
“Saya suka bekerja dengan Anna sebab dia seorang yang profesional. Malah Meerqeen juga turut memberikan sokongan dan semangat pada saya supaya menghasilkan kerja yang terbaik.
“Saya pun tak rasa ada suasana yang tegang berlaku antara kami bertiga, saya rasa yang mengapi-apikan adalah peminat masing-masing,” jelasnya.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan pemegang watak Kahar dalam drama High Council berang dan bertindak ‘menyekolahkan’ seorang netizen yang didakwa menghina bapa Anna ketika dia sedang membuat ‘live’ di TikTok.
Tindakannya itu meraih pelbagai respons malah ada yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Anna.