HomeGlobalAngelina Jolie kutuk serangan Zionis di kem pelarian Palestin

Angelina Jolie kutuk serangan Zionis di kem pelarian Palestin

SELEBRITI antarabangsa, Angelina Jolie mengecam keganasan rejim pengganas Israel yang menyerang kem pelarian Jabalia di Gaza dua hari lalu, hingga mengorbankan ratusan penduduk Palestin.

Menerusi laman Instagram, bintang Hollywood berusia 48 tahun itu menyiarkan mesej berserta foto yang memaparkan kediaman penduduk di Jabalia yang musnah sepenuhnya akibat dibedil pesawat rejim Zionis.

“Ini adalah pengeboman disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap, yang tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri. Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan kini tempat pengebumian beramai-ramai.”

“40 peratus daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Seluruh anggota keluarga dibunuh. Ketika dunia sedang memerhati dan dengan sokongan aktif pelbagai kerajaan, berjuta-juta rakyat Palestin – kanak-kanak, wanita, keluarga – tidak dibela dan dihina, sebaliknya dihukum dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” tulisnya.

Tangkap layar hantaran Jolie di Instagram.

Jolie yang juga bekas wakil khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata,  pemimpin dunia juga terlibat dalam jenayah ini kerana enggan menuntut gencatan senjata kemanusiaan dan menyekat Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Hampir 9,000 orang terbunuh, manakala lebih 22,000 lagi cedera dalam pengeboman Israel di Genting Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Author

Pilihan Editor