HomeHiburanBlackpink terima darjah kebesaran MBE di Istana Buckingham

Blackpink terima darjah kebesaran MBE di Istana Buckingham

LONDON: Satu pengiktirafan buat Korea Selatan apabila monarki Britain, Raja Charles III memberi penghormatan kepada kumpulan K-pop, Blackpink, usaha mereka dalam meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim, semalam.

Lapor Washington Post, penghormatan itu diberikan ketika Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dan Perdana Menteri, Rishi Sunak berjanji mengadakan kerjasama lebih rapat antara kedua-dua negara berhubung teknologi dan pertahanan.

Raja Charles III turut memberikan darjah kebesaran Members of the Order of the British Empire (MBE) kepada Kim Jennie, Kim Jisoo dan Lalisa Manoban.

Manakala Roseanne (Rosé) Park, menerima pingat MBE namun tanpa gelaran ‘kehormat’ kerana dia memiliki dua kewarganegaraan di New Zealand, salah satu daripada 14 negara di mana Raja Charles III menjadi ketua negara.

Untuk rekod, Blackpink merupakan kumpulan penyanyi wanita kedua yang diundang ke Istana Buckingham kerana sebelum ini Spice Girls juga pernah diundang pada 1997 iaitu sewaktu kumpulan itu berada di kemuncak karier mereka.

Author

Pilihan Editor