HomeNiaga‘Boikot produk pro-Israel, sokong kempen Buy Muslim First’

‘Boikot produk pro-Israel, sokong kempen Buy Muslim First’

CYBERJAYA: Umat Islam di negara ini diharap terus memberi sokongan terhadap jenama keluaran bisnes Muslim sekali gus memboikot produk antarabangsa pro-Israel.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, inisiatif itu sewajarnya dilaksanakan umat Islam selaku tindak balas ke atas kezaliman rejim Zionis di Genting Gaza.

Beliau yang melancarkan kempen Buy Muslim First (BMF) Global itu turut berharap kempen berkenaan dapat diperluaskan ke seluruh dunia.

“Sebelum ini ia hanya terhad dalam Malaysia dan ia sudah berjaya, namun kita mahu juga kesedaran itu dikembangkan ke peringkat sejagat pula,” katanya memetik Utusan.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzil turut merasmikan Pergerakan BMF Global dan perarakan March 4Gaza dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) di Cyberjaya, pada Ahad.

Untuk makluman, BMF pada asalnya dilancarkan akhir 2018 lalu oleh Gerakan Pembela Ummah bagi memperkasakan ekonomi umat Islam.

Tambah Mohd. Fadzil, tindakan boikot akan lebih berkesan jika disusuli peralihan sokongan pengguna itu kepada produk alternatif keluaran Muslim sendiri.

Jelasnya sebagai contoh, senario di Turkiye apabila semua kedai runcit, pasar awam dan gedung besar di seluruh negara itu dipenuhi lebih 90 peratus jenama milik Islam tempatan.

Justeru, maklumnya kempen BMF Global selaras dengan misi gerakan antarabangsa pro-Palestin yang dikenali sebagai Boycott, Divestment, Sanctions (BDS).

“Sudah tiba masanya kita mula berani guna kuasa ekonomi Muslim sebagai pengguna dan bangkit melindungi kepentingan umat Islam yang teruk ditindas di Palestin,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor