HomeBeritaLelaki warga asing bakar bunga api keluar dari kereta dicekup

Lelaki warga asing bakar bunga api keluar dari kereta dicekup

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga asing, selepas disyaki membakar bunga api keluar dari tingkap kereta yang sedang bergerak di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya mengesan satu klip video tular berdurasi 14 saat memaparkan kejadian itu.

“Hasil semakan pihak polis mendapati video berkenaan dengan jelas memaparkan perbuatan berbahaya terbabit.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun dan merampas sebuah Proton Waja digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

 

Menurutnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.

“Kesalahan ini memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Author

Pilihan Editor