HomeSukanBola pintar EURO 2024 boleh kesan ofsaid, terkena tangan

Bola pintar EURO 2024 boleh kesan ofsaid, terkena tangan

ADIDAS memperlihatkan bola FUSSBALLLIEBE yang akan digunakan ketika acara EURO 2024 yang akan berlangsung di Jerman.

Bola pintar ini unik kerana ia yang pertama dihasilkan oleh Adidas dengan penggunaan Connected Ball Technology.

Sensor pada permukaan bola serta bahagian dalam membolehkan FUSSBALLLIEBE mengesan kesalahan ofsaid dan bola terkena tangan. Setiap sentuhan, pergerakan, sepakan, tandukan dan pecutan bolah direkodkan. Ini akan dapat membantu pengadil di atas padang melakukan keputusan yang betul dibantu oleh teknologi Connected Ball Technology.

Ia adalah penambahbaikan kepada sistem sensor unit mengukur inertia (IMU) bola Adidas Al Rihla yang digunakan pada bola Piala Dunia Qatar tahun lalu. Teknologi tersebut telah digunakan untuk mengesahkan gol dijaringkan oleh Bruno Fernandes dan bukannya hasil tandukan Cristiano Ronaldo.

Connected Ball Technology dibangunkan Adidas dengan kerjasama firma Kinexon. Dengan pengesanan tekanan pada 20 panel bola dan juga kecerdasan buatan (AI), insiden ofsaid dapat dianalisa bukan sahaja lebih tepat tetapi juga lebih pantas berbanding sistem VAR sekarang.

Selain itu, FUSSBALLLIEBE juga adalah bola paling lestari pernah dihasilkan Adidas kerana menggunakan baharu serta jagung, tebu, kayu dan getah bersama dengan poliester dikitar semula. Piala EURO 2024 akan berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai 2024 kelak. – Amanz

Authors

Pilihan Editor