HomeHiburanInara Rusli menang royalti lima lagu ciptaan Virgoun

Inara Rusli menang royalti lima lagu ciptaan Virgoun

BEKAS isteri kepada Virgoun, Inara Rusli berjaya mendapat tuntutan pembahagian royalti terhadap lima lagu nyanyian penyanyi berkenaan.

Memetik laporan Kompas, Inara atau Inara Idola Rusli, 30 memaklumkan dia mendapat hak royalti itu selepas bercerai secara sah dengan penyanyi, Virgoun pada 10 November baru-baru ini.

Antara lagu berkenaan ialah Surat Cinta Untuk Starla, Orang Yang Sama, Titik Baik Di Hidupku dan Saat Kau Telah Mengerti.

Menurut Inara, mahkamah tidak menolak pembahagian royalti itu malah bertambah jika terdapat lebuh banyak lagu yang ditulis Virgoun yang menjadikan dia sebagai inspirasi.

Tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, kemenangan tersebut turut menjadi sejarah di Indonesia kerana ini merupakan kali pertama isu royalti dijadikan tuntutan dalam harta sepencarian pasangan bercerai.

“Selepas ini pembahagian royalti akan dibahagikan kepada dua iaitu Virgoun dan saya selama mana lagu itu dimainkan.

“Hari dalam sejarah, pertama kali di Indonesia royalti merupakan subjek dijadikan tuntutan dalam harta sepencarian suami isteri,” katanya seperti dilapor Kompas.

Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithkee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

Author

Pilihan Editor