HomePendidikanCalon guru boleh semak permohonan mengajar esok – KPM

Calon guru boleh semak permohonan mengajar esok – KPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan, seramai 9,552 graduan pendidikan ditawarkan jawatan guru gred DG41 bagi pengambilan tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) hari ini dan urusan semakan permohanan boleh disemak esok.

“Urusan pengambilan guru bagi tahun2023 sedang dilaksanakan oleh SPP dan calon guru akan mendapat keputusan berkaitan permohonan di laman web SPP mulai esok.

“Mereka semua akan mengisi 9,552 kekosongan jawatan guru di seluruh negatra,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang (RUU)Perbekalan 2024 bagi Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat petang tadi.

Sementara itu, menyentuh mengenai isu kekurangan guru di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), Fadhlina berkata, ia bersifat dinamik dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

“Berdasarkan data yang dibuat oleh KPM, jumlah perjawatan guru bagi sekolah KPM adalah 431,229 orang dengan jumlah diisi adalah 410,336.

“Jumlah kekosongan adalah dinamik dan akan berubah sifat sementara disebabkan guru keluar daripada sistem atas pelbagai faktor termasuk guru bersara, meninggal dunia, letak jawatan dan sebagainya,” katanya. – Kosmo

Authors

Pilihan Editor