HomeGlobalGaza: Jordan 'jatuhkan' bantuan perubatan dari udara

Gaza: Jordan ‘jatuhkan’ bantuan perubatan dari udara

AMMAN: Tentera Udara Jordan menghantar bantuan perubatan dan farmaseutikal segera ke hospital medan Jordan di Semenanjung Gaza.
Perkara itu dimaklumkan Raja Abdullah II menerusi hantaran di aplikasi X pada Isnin.

“Kru Tentera Udara kami menjatuhkan bantuan perubatan segera ke hospital lapangan Jordan di Gaza dari udara pada tengah malam.

“Ini adalah kewajipan untuk membantu saudara-saudara kita yang cedera dalam peperangan di Gaza. Kami akan sentiasa ada untuk saudara Palestin kami,” tulisnya.

 

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, jumlah rakyat Palestin yang terkorban dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 9,770.

Author

Pilihan Editor