HomeGlobalMelampau! Israel bedil Universiti Al-Azhar di Gaza

Melampau! Israel bedil Universiti Al-Azhar di Gaza

REJIM Israel sekali lagi mengundang kemarahan dunia apabila menyasarkan Universiti Al-Azhar Mesir cawangan Palestin di Gaza.

Memetik laporan Iran Press, pengeboman kompleks Universiti Al-Azhar di Gaza semalam dilakukan pada hari ke-29 perang Israel-Palestin.

Rakaman pengeboman kompleks Universiti Al-Azhar oleh rejim Zionis itu turut disiarkan Al-Jazeera.

Penderitaan penduduk di Gaza semakin teruk susulan serangan udara yang meluas bercampur dengan sekatan ke atas mereka berlaku terus menerus angkara tentera rejim Israel.

Malah, menurut pegawai Palestin, angka kematian di Gaza kini meningkat kepada lebih 9,000 orang, termasuk hampir 4,000 kanak-kanak.

Author

Pilihan Editor