HomeGlobalIsrael padam hantaran dakwa hospital 'infrastruktur pengganas'

Israel padam hantaran dakwa hospital ‘infrastruktur pengganas’

REJIM pengganas Israel memanipulasi penduduk dunia menerusi media sosial, yang mencadangkan ambulans dan hospital Palestin sebagai ‘infrastruktur pengganas’ dan ‘sasaran tentera yang sah’.

Hantaran di laman X itu mendakwa bahawa, ambulans dan hospital digunakan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) untuk melancarkan operasinya.

“Ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa apabila mengubahnya menjadi sasaran tentera yang sah,” tulis hantaran itu yang sudah pun dipadam tidak beberapa lama kemudian.

Sementara itu, peguam dan bekas penasihat undang-undang Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Diana Buttu berkata, Israel sebelum ini membuat dakwaan serupa namun tidak pernah membuktikannya.

“Meskipun ia (Israel) melakukan dakwaan itu, kita perlu ingat bahawa apa yang cuba dilakukan Israel ialah melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dan ia perlu dihentikan sekarang,” katanya seperti dilapor Press TV.

Nampaknya tiada sebarang penyelesaian untuk mengakhiri kekejaman Israel di Genting Gaza yang dikepung dan Tebing Barat yang diduduki.

Serangan udara terbaharu rejim Zionis mengorbankan 40 rakyat Palestin, manakala sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bandar utara Beit Lahia antara menjadi sasaran.

Bukan itu sahaja, Israel juga sewenang-wenangnya melakukan serangan ke atas hospital, yang mana ia sepatutnya menjadi lokasi selamat untuk orang awam mencari perlindungan.

Hospital merupakan infrastruktur awam yang mempunyai perlindungan khusus di bawah undang-undang antarabangsa.

Konvensyen Geneva 1949 menyatakan bahawa, hospital tidak boleh menjadi sasaran seranngan dan perlu dihormati serta dilindungi oleh pihak terlibat dalam konflik.

Israel telah mengepung Hospital Al-Shifa di Gaza, serta melancarkan serangan bom berulang kali sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan, penembak tepat Israel terus melepaskan tembakan ke arah mana-mana individu yang berada berhampiran dengan kemudahan itu.

Angka kematian di Gaza kini melepasi 11,100 orang termasuk 8,000 wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa serangan berterusan rejim Zionis.

 

Author

Pilihan Editor