KAKI atlet… anda mungkin jarang bahkan langsung tidak pernah mendengar nama ini.
Menurut Hello Doktor, penyakit kaki atlet atau dalam bahasa mudahnya, kulat air adalah masalah kulit yang biasa terjadi pada kaki disebabkan oleh kulat.
Walaupun ia jarang menjadi serius, namun gejalanya boleh mengganggu.
Kaki atlet juga dikenali sebagai Tinea Pedis iaitu jangkitan kulat berjangkit yang mempengaruhi kulit pada bahagian kaki tetapi juga boleh merebak ke kuku kaki dan tangan.

Keadaan kaki yang sentiasa tertutup, panas, ataupun persekitaran lembap akan menjadi medium yang sesuai untuk perkembangan kulat. Manakala, keratin, protein yang terdapat dalam rambut, kuku dan kulit akan menjadi ‘makanan’ kepada kulat.
Hati-hati, penyakit ini boleh berjangkit! Sentuhan dengan kulit yang dijangkiti atau pakaian tercemar dan tidak dibersihkan berisiko menyebarkan jangkitan.
Biasanya penyakit ini menjangkiti ruang antara jari kaki, namun ia juga boleh menjangkiti kuku kaki dan tapak kaki.
Gejala kulat air
Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana penyakit ini memperoleh namanya, ini kerana ia menjangkiti individu yang kakinya lembap dan berpeluh, seperti para atlet!
- Rasa gatal, menyengat, dan sensasi seakan terbakar di antara jari kaki atau tapak kaki
- Lepuh di kaki
- Kulit kaki retak dan mengelupas, paling kerap di antara jari kaki dan tapak kaki
- Kulit kering di tapak kaki atau bahagian kaki
- Warna kuku kaki tidak sekata, tebal, dan rapuh
Siapakah berisiko mendapat jangkitan kulat ini?
Tidak hanya menjangkiti golongan atlet, sebaliknya sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini. Tetapi, tingkah laku tertentu meningkatkan risiko untuk dijangkiti, contohnya:
- Individu yang mengunjungi tempat awam tanpa memakai kasut, terutama bilik persalinan, tempat mandi awam, dan kolam renang
- Berkongsi stoking, kasut, atau tuala dengan orang yang dijangkiti
- Memakai kasut yang ketat dan tertutup
- Membiarkan kaki basah untuk jangka masa yang panjang
- Mempunyai kaki yang berpeluh
- Mengalami kecederaan pada kulit atau kuku kaki
Ini cara merawat kulat air hanya di rumah!
- Bedak Talkum
Bedak talkum, tepung jagung, atau bedak bayi juga dikatakan berfungsi untuk merawat masalah kulat air dengan memastikan kawasan yang terjejas sentiasa kering dan bersih.
Ia akan menyukarkan kulat untuk berkembang dan merebak dengan menjaga dan mengawal peluh serta kelembapan kaki.
Untuk menggunakan rawatan ini, sapukan bedak talkum atau bedak antikulat secara terus ke kawasan terjejas setiap kali sebelum memakai stoking.
2. Rendaman air garam
Campurkan 10 sudu garam dan 2 cawan air panas serta gaul sehingga garam larut. Selepas itu, letakkan air garam tadi dalam bekas yang bersesuaian dengan saiz kaki.
Rendam kaki dengan air panas untuk 20 minit. Lakukan perkara ini 3 kali sehari sehingga jangkitan beransur pulih.
3. Bawang putih
Untuk menggunakan bawang putih bagi merawat kaki atlet, hancurkan 4 sehingga 5 ulas bawang putih.
Setelah dihancurkan, gosokkannya pada kawasan yang terjejas dan lakukannya sebanyak 2 kali sehari.
4. Minyak tea tree
Caranya, campurkan minyak pembawa seperti minyak kelapa dengan minyak tea tree untuk hasilkan tahap kepekatan antara 25 sehingga 50 peratus dan sapukan ke kawasan yang terjejas 2 kali sehari.
5. Hidrogen peroksida
Hidrogen peroksida secara efektif dapat membunuh kulat di permukaan permukaan kaki, termasuk bakteria permukaan yang berisiko menyebabkan jangkitan.
Cara penggunaan:
- Tuangkan hidrogen peroksida terus ke kawasan yang terjejas
- Peringatan, ia mungkin menyakitkan, dan akan menggelembung, terutama jika mempunyai luka terbuka
- Lakukan ini 2 kali sehari sehingga jangkitan mula reda
6. Ubat sapu
Ubat sapu terbahagi pada 4 jenis utama:
i) Cair (sesuai untuk jangkitan kulat air jenis kering)
ii) Krim (kulit mengelupas)
iii) Gel (kekalkan kelembapan kulit)
iv) Spray
Selamat mencuba!