HomeGlobalTentera Israel bunuh rakyat Palestin di Tebing Barat, angka kematian meningkat kepada...

Tentera Israel bunuh rakyat Palestin di Tebing Barat, angka kematian meningkat kepada 182 orang

 

BAITULMUQADDIS: Seorang rakyat Palestin terbunuh dan sembilan lagi cedera apabila tentera Israel menyerang bandar Nablus di Tebing Barat yang diduduki, kata media rasmi Palestin pada Jumaat.

Menurut agensi berita Wafa, Leys Mohammad Bakir Nasasra, 21, terbunuh akibat tembakan tentera Israel ketika pertempuran tercetus antara tentera Israel dan Palestin yang menentang serangan ke atas bandar Beit Furik.

Pembunuhan baru-baru ini telah meningkatkan angka kematian akibat serangan tentera Israel dan peneroka di Tebing Barat yang diduduki sejak pertempuran Israel-Palestin yang berterusan bermula bulan lalu kepada 182 orang, tambah laporan itu.

Ketegangan memuncak di seluruh Tebing Barat sejak pertempuran tercetus pada 7 Oktober antara kumpulan Palestin dan Israel di Genting Gaza. – Anadolu

Author

Pilihan Editor