DEMI merungkai kebenaran, penduduk Palestin sanggup menggunakan apa jua cara agar kekejaman yang dilakukan oleh Zionis Laknatullah terhadap bumi Gaza diketahui penduduk dunia.
Terbaru, wakil sekumpulan kanak-kanak Palestin mengadakan sidang media pada Rabu dengan tujuan menuntut keamanan negara asal mereka.
Menurut pengguna aplikasi X @Irfan_newboys, video tersebut dirakam di luar Hospital Al Shifa yang baru sahaja dibedil oleh tentera Zionis pada Sabtu lalu.
Lebih memilukan, seorang budak lelaki dari kumpulan itu selaku wakil, menggunakan Bahasa Inggeris menyuarakan hasrat mereka kepada seluruh dunia.
“Kami di sini menyuarakan sebagai kanak kanak. Mendesak kamu semua untuk melindungi kami.
“Akhiri kematian ini, kami hanya mahu hidup, kami hanya mahukan keamanan. Kami mahukan pendakwaan kepada mereka yang membunuh kami.
“Kami mahukan ubat-ubatan. Kami mahukan pendidikan dan kami hanya mahu hidup,” luah kanak-kanak lelaki itu.
Menerusi video sama, kanak-kanak Palestin itu turut berkongsi keadaan yang terpaksa dialami rakyat Palestin sejak Israel memulakan peperangan.
“Sejak 7 Oktober 2023, kami sudah menjadi subjek kepada pembunuhan beramai-ramai, dibunuh, kehilangan tempat tinggal dan bom jatuh di atas kepala kami di hadapan seluruh dunia.
“Mereka menipu kepada dunia menyatakan mereka menyasarkan para pejuang. Tetapi sebagai kanak-kanak kami telah melarikan diri dari kematian lebih dari sekali
“Kami datang ke Hospital Al Shifa sebagai tempat selamat setelah kami berulang kali terdedah kepada pengeboman mereka (Israel).
“Kami sangat terkejut kerana kami sekali lagi terdedah kepada kematian selepas pihak penjajah menyasarkan Hospital Al Shifa,” luahnya.
KEMASKINI
WAKIL KANAK KANAK GAZA BUAT SIDANG MEDIA DI HOSPITAL AL SHIFA, GAZA
KENYATAAN PENUH(Terjemahan) SEPERTI BERIKUT
"Sejak 7 Oktober 2023. Kami sudah menjadi subjek kepada pembunuhan beramai ramai, dibunuh, kehilangan tempat tinggal dan bom jatuh di atas kepala kami di… https://t.co/7naJcdeVDB pic.twitter.com/KwrqPyKuCv
— Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴 (@Marchfoward) November 8, 2023
Kanak-kanak lelaki itu turut memberitahu kepada dunia bahawa sudah beberapa hari penduduk Palestin menjalani hari mereka tanpa menjamah makanan kerana kehabisan sumber makanan.
“Penjajah membuat kami kelaparan. Sudah banyak hari kami tiada air dan makanan begitu juga roti. Kami hanya meminum air yang sudah tercemar,” kongsinya.