HomeBeritaKerajaan mahu e-sukan diterima di peringkat sekolah

Kerajaan mahu e-sukan diterima di peringkat sekolah

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, kerajaan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) telah memulakan perbincangan tentang perkembangan e-sukan di peringkat akar umbi, khususnya di sekolah.

Beliau berkata, bidang tersebut mempunyai potensi yang besar, terutamanya di peringkat antarabangsa seperti temasya Sukan SEA dan juga Sukan Asia, yang turut mendapat iktirafan dari bidang tersebut.

 

“Kita mahu memastikan sukan ini diterima sebagai satu daripada sukan di peringkat sekolah,” katanya pada Majlis Pelepasan Pasukan E-Sukan Profesional Malaysia ke Kejuaraan Dunia M5 Mobile Legend: Bang Bang di Dewan Serbaguna Parlimen.

Pasukan Homebois dan SMG akan menentang 14 pasukan lain di Manila, Filipina dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah AS$900,000 (RM4.2 juta).

Beliau berharap kedua-dua pasukan tersebut akan mengharumkan nama negara dalam pertandingan antarabangsa itu.

Author

Pilihan Editor