HomeBeritaViralKuantan ‘trending’ di X gara-gara anime Jujutsu Kaisen

Kuantan ‘trending’ di X gara-gara anime Jujutsu Kaisen

IBU negeri Pahang, Kuantan menjadi ‘trending’ di aplikasi X apabila tempat itu disebut salah satu watak anime dalam episod terbarunya baru-baru ini.

“Yeah Malaysia… Kuantan would be nice…” kata Nanami dalam satu babak menerusi anime Jujutsu Kaisen.

Lebih tepat, nama bandar berkenaan disebut oleh salah satu watak paling diminati ramai, Kento Nanami.

Malah, dalam episod tersebut, Nanami juga mengatakan akan membina sebuah rumah di pantai yang kosong dan menghabiskan masa dengan membaca buku.

“Malaysia… Malaysia… Kuantan pun okay… saya akan bina sebuah rumah di kawasan terpencil.

“Saya ada banyak buku yang dibeli dan tidak pernah bersentuh. saya akan baca setiap satu muka surat satu per satu, seakan-akan mengambil masa saya semula yang telah hilang,” ujarnya.

Tangkap layar watak Nanami yang menyebut daerah Kuantan dalam anime Jujutsu Kaisen. Foto: X Iman Daniel Hakim.

Namun begitu, watak Nanami dalam episod 42 turut mengundang emosional para peminat anime kerana Nanami akan maut dibunuh oleh musuh.

“Nanami kat Jujutsu Kaisen nak bersara kat Kuantan, Malaysia. Probably sebab kita ada beautiful beach. Dia nak nengok kelip-kelip lah tu,” kata salah seorang pengguna X.

“Saya mengusulkan Kerajaan Negeri Pahang untuk menganugerahkan gelaran Datuk kepada saudara Nanami (secara posthumously) atas usaha beliau mempromosikan industri pelancongan Kuantan,” seloroh netizen.

“Orang Kuantan patut manfaatkan peluang sekarang ni untuk promote tempat-tempat tourism di Kuantan. Bukan selalu ada mention tempat spesifik dalam anime ni.

“Dalam ramai-ramai penonton tu, mesti la ada yang search Kuantan tu macam mana. Kalau nampak post semua menarik, ada chance la orang nak datang,” usul pengguna X.

Author

Pilihan Editor