HomeBeritaLebih 500 pasangan di Kelantan kahwin bawah umur

Lebih 500 pasangan di Kelantan kahwin bawah umur

CYBERJAYA: Sebanyak 533 pasangan di Kelantan berkahwin bawah umur sejak empat tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri, Asri Mat Daud berkata, jumlah itu selesai didaftarkan daripada 546 permohonan perkahwinan bawah umur yang diterima.

Susulan itu katanya, kerajaan negeri Kelantan mengambil pendekatan kewajaran perkahwinan bawah umur seperti yang sudah diperuntukan di bawah Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002.

“Pendekatan itu juga selaras dengan peruntukan undang-undang dan hukum syarak dengan mengambil kira kemaslahatan (kepentingan) pasangan bawah umur yang akan berkahwin.

“Umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun bagi lelaki manakala 16 tahun bagi perempuan dan ia dikekalkan tanpa pindaan. Bagaimanapun, kemaslahatan perkahwinan pasangan bawah umur perlu dinilaikan melalui penelitian menyeluruh daripada aspek kerelaan pasangan dan kesediaan mendirikan rumah tangga.

“Aspek yang dinilaikan antaranya kemampuan, emosi, fizikal, mental, seksual, sosial, spiritual, kesihatan, pendidikan, sekufu dan sebagainya,”katanya memetik laporan Kosmo pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Zameri Mat Nawang (Pas -Jelawat) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Author

Pilihan Editor