SEOUL: Seorang lelaki maut akibat dibelasah robot yang ditugaskan untuk mengangkat kotak makanan di sebuah kilang di Korea Selatan, pada Rabu.
Ketika kejadian, mangsa berusia 40-an yang merupakan pekerja di syarikat robotik itu dilaporkan sedang memeriksa operasi penderia robot tersebut sebelum menjalankan ujian di kilang pengasingan lada di wilayah Gyeongsang Selatan.
Lapor Yonhap, robot berkenaan akan digunakan untuk mengangkat kotak lada dan memindahkannya ke palet.
Ketika pemeriksaan sedang dibuat, lengan robot itu yang dilaporkan terkeliru antara pekerja berkenaan dengan sekotak sayur, secara tidak sengaja menekan badan, muka dan dada lelaki itu hingga dia cedera parah.
Susulan itu, lelaki tersebut dikejarkan ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.
Dalam satu kenyataan selepas kejadian itu, seorang pegawai dari Kompleks Pertanian Eksport Donggoseong yang memiliki kilang itu menggesa sistem tepat dan selamat diwujudkan bagi mengelak kejadian sedemikian berulang.