HomeGlobal'Mak sibuk dating, anak 2 tahun terbiar di rumah'

‘Mak sibuk dating, anak 2 tahun terbiar di rumah’

SEORANG wanita tergamak meninggalkan anak kandung bersendirian di rumah, semata-mata untuk menghadiri janji temu bersama teman lelakinya.

Perbuatan curang itu dihidu dan dirakam oleh suaminya ketika terserempak pasangan kekasih itu.

Tidak hanya berang, suaminya menegaskan bahawa dia khuathir tentang keselamatan anak mereka yang baru sahaja berusia 2 tahun berada di rumah keseorangan tanpa pengawasan orang dewasa.

“Anak umur dua tahun ditinggalkan di rumah.

“Awak tak fikir ke anak kena tinggal tapi awak berdua seronok di luar. Se**n,” tempik lelaki itu.

Ketika kejadian, wanita bertudung itu enggan memandang kamera, manakala kekasihnya yang berada di atas motosikal dan memakai pelitup muka hanya mampu mendiamkan diri.

Video berkenaan dimuatnaik di laman TikTok @notfoundadl8 dan rata-rata warga net mengecam tindakan wanita terbabit.

Tidak dapat dipastikan masa sebenar kejadian, namun ia dipercayai berlaku di Indonesia berdasarkan loghat percakapan individu yang berada di dalam video berkenaan.

Difahamkan juga, pasangan kekasih itu bekerja di syarikat yang sama.

Malah, disebabkan wanita itu lebih memilih kekasihnya, dia kini difahamkan sudah diceraikan.

Susulan video tular tersebut, kekasih wanita itu dipercayai kehilangan pekerjaan sebelum wanita terbabit meletak jawatan.

Author

Pilihan Editor