HomeHiburanMas Idayu hampir ‘pengsan’, kecewa dengan Shila Amzah

Mas Idayu hampir ‘pengsan’, kecewa dengan Shila Amzah

KOMEN juri tetap rancangan realiti televisyen Famili Duo, Mas Idayu terhadap persembahan Shila Amzah pada malam tadi tampak amat ‘berbisa’.

Perkara itu berikutan Mas Idayu menyifatkan bahawa dia seakan mahu pengsan sejurus melihat persembahan medley, Baby One More Time dan Beat It antara Shila dan adiknya, Shahir.

“Shila, tolong saya boleh, mummy nak pengsan. Saya tahu awak menyanyi dengan bagus, tapi malam ini awak banyak silap.”

“Awak banyak silap tempo, jangan masuk rumah orang. Saya tahu Shila akan okay sebab nak beri sokongan kepada adik saja.

“Tapi minta maaf saya tak suka persembahan awak malam ini,” katanya secara langsung Ahad malam.

Persembahan itu sekali gus membuatkan pasangan adik beradik itu menerima markah terendah iaitu lima markah daripada kedua-dua juri.

Dalam pada itu, Ajai pula berpendapat, Syahir tidak seharusnya meneruskan karier nyanyian selepas pertandingan.

“Shila saya tahu awak sayang adik awak sangat. Cuma lepas habis ini nyanyian bukan untuk awak. Syahir awak kena buat sesuatu.

“Tapi kakak awak macam buat persembahan sendiri. Awak (Syahir) kena banyakkan lagi usaha untuk bantu kakak awak,” katanya.

Author

Pilihan Editor