HomeHiburanMimi Lana bida lukisan kanvas peta Palestin bernilai RM3,600

Mimi Lana bida lukisan kanvas peta Palestin bernilai RM3,600

PELAKON, Mimi Lana membida sebuah lukisan dengan harga RM3,600 untuk disumbangkan ke tabung kemanusiaan Palestin.

Lukisan kanvas peta negara Palestin itu dilukis oleh pendakwah bebas terkenal, ustazah Asni Mansor yang dibuka dengan harga permulaan RM3,000.

Menurut Asni, Mimi membida lukisan tersebut pada majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelakon, Betty Rahmad, baru-baru ini dan kesemua hasil bidaan itu akan disalurkan ke dalam Tabung Cinta Gaza, lapor portal HibGlam.

Sementara itu, Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, menerusi hantaran di Instagram miliknya turut berkongsi rasa gembira menyertai majlis ilmu yang dianjurkan Betty.

“Terima kasih Betty kerana menjemput saya dan menganjurkan majlis bacaan Yassin untuk saudara kita di Palestin.

“Majlis turut disusuli dengan Tausiyah (ceramah agama) bersama ustazah Asni Mansor. Ini merupakan majlis perkongsian yang cukup indah dan saya mempunyai pengalaman yang sangat berharga. Alhamdulillah,” tulisnya.

Author

Pilihan Editor