HomeBeritaViral'Nak masuk USM! Jubah konvo cantik ala Harry Potter'

‘Nak masuk USM! Jubah konvo cantik ala Harry Potter’

MAJLIS konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang berlangsung ketika ini menjadi perhatian di media sosial gara-gara rekaan jubah konvo dilihat menarik dan unik berbanding universiti lain.

Perkara itu berikutan pemakaian jubah berwarna ungu yang berkonsep ‘minimalist’ itu turut memperlihatkan pakaian dikenakan para graduan yang kelihatan anggun dan segak pada hari bersejarah mereka.

Menjengah di aplikasi TikTok, banyak video perkongsian para graduan USM memuat naik ‘outfit’ mereka bersama jubah konvo tersebut.

@damienhashim

Jubah tercantik abad ini kah ? Love USM ❤️

♬ Naratu – Sharin Amud Shapri

Malah, perkongsian video dan foto berjubah konvo USM yang dilabelkan seperti jubah ‘Harry Potter’ itu turut membuatkan sebilangan netizen berazam untuk menjadi mahasiswa di universiti berkenaan.

“Jangan sampai aku sambung study kat usm sebab nak pakai baju konvo tu,” tulis netizen.

“Jubah dia jadi unik sebab bidang yg di ceburi ditentukan dngn warna nampak mcm cite Harry Potter.” komen seorang lagi warga net.

“Sebab tu berbaloi pakai bju cntik mahal2 pakai jubah USM sbb smua nmpk.. nak juga,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Author

Pilihan Editor