HomeBeritaNak tebus RM100 eMadani? 7 perkara ini anda perlu ketahui!

Nak tebus RM100 eMadani? 7 perkara ini anda perlu ketahui!

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengumumkan, pendaftaran Program eMADANI akan dibuka tidak lama lagi.

Justeru, ini 7 perkara yang anda perlu ketahui sebelum membuat penebusan e-tunai eMadani!

1. Seramai 10 juta rakyat dewasa terdiri dalam golongan B40 dan M40 akan menerima kredit e-tunai eMadani

2. Sumbangan hanya diberi kepada warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 ke bawah

3. Jumlah sumbangan kredit e-tunai eMadani adalah sebanyak RM100 dan diberi secara one-off

4. Anda boleh tebus menerusi empat jenis e-dompet iaitu MAE Maybank, Setel, ShopeePay dan Touch ’n Go eWallet

 

5. Pendaftaran kredit e-tunai eMadani dibuka mulai 4 disember 2023 hingga 20 Februari 2024

6. Anda boleh menggunakan kredit e-tunai eMadani ini sehingga 29 Februari 2023

7. Selain menerima kredit e-tunai eMadani, anda juga bakal menerima insentif tambahan seperti baucar, cashback atau reward points menerusi perkhidmatan e-dompet yang dipilih

 

Author

Pilihan Editor