HomeHiburan'Buat masa ini, saya dan Alif..." - Aisyah Hijanah tampil bersuara

‘Buat masa ini, saya dan Alif…” – Aisyah Hijanah tampil bersuara

 

KEMELUT rumah tangga yang dialami pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah bersama suaminya, Alif Teega masih menjadi perhatian ramai.

Malah, terbaharu satu rakaman voicenote dipercayai suara pergaduhan Aisyah dan Alif tersebar di media sosial.

Keadaan menjadi panas apabila dalam rakaman itu kedengaran suara Aisyah memaklumkan kepada suaminya akan ke penjara gara-gara memukul beliau.

Bukan itu sahaja, turut tular laporan kesihatan Aisyah selaku isteri pertama Alif yang dilaporkan mengalami kecederaan akibat dipukul di rumah.

Lantaran itu, Aisyah tampil memuat naik kenyataan berhubung status suami isteri itu di Insta Story miliknya hari ini.

Menurut Aisyah, dia akur dengan beberapa perkara berkenaan perihal konflik rumah tangganya yang kini tersebar di media sosial.

“Pertama, saya tidak boleh menafikan mahupun membenarkan mana-mana perkara kerana tidak mahu semakin lama semakin besar hal ini.

“Say mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan, untuk berhenti daripada berkongsi. Kerana, hal ini akan bertambah teruk,” luahnya pada Khamis.

Dalam pada itu, Aisyah yang sarat mengandung lima bulan turut menyatakan bahawa dia dan suaminya kini dalam keadaan baik sahaja.

“Biarlah saya dan yang terlibat untuk menyelesaikan hal ini dari sudut internal. Buat masa ini, saya dan Alif dalam keadaan yang baik-baik sahaja,” ujarnya.

Menerusi hantaran lain, Aisyah turut menjelaskan bahawa dia akan bertanggungjawab bagi pihak Klinik Zahran susulan penyebaran laporan kesihatan miliknya.

“Saya perlu bertanggungjawab bagi pihak klinik dan laporan ini bukan disebarkan oleh pihak klinik,” jelasnya.

Terdahulu, nama Aisyah Hijanah hangat diperkatakan susulan pendedahan Alif yang mengesahkan sudah berkahwin lagi satu.

Aisyah Hijanah yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram terkenal dengan kandungan-kandungan berunsur keagamaan dan motivasi.

Author

Pilihan Editor