HomeGlobalOrang kanan Warren Buffet meninggal dunia di usia 99 tahun

Orang kanan Warren Buffet meninggal dunia di usia 99 tahun

PELABUR terkenal merangkap orang kanan Warren Buffett di Berkshire Hathaway Inc, Charlie Munger dilaporkan meninggal dunia pada usia 99 tahun pada Selasa.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan Berkshire yang turut menyatakan, Munger meninggal dalam keadaan tenang di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat.

“Berkshire Hathaway tidak dapat dibina ke tahap sekarang tanpa inspirasi, kebijaksanaan dan penyertaan daripada Munger,” kata Buffet dalam kenyataan sama.

Sementara itu, rakan kongsi Berkshire, Thomas Russo menyatakan pemergian Munger adalah suatu perkara yang mengejutkan dan kehilangan besar dalam dunia pelaburan.

“Ia (kehilangan Munger) akan meninggalkan kekosongan besar bagi pelabur yang mencontohi pemikiran, kata-kata dan aktiviti mereka dari Munger dan wawasannya,” katanya memetik Malaymail.

Untuk makluman, Munger telah menjadi naib pengerusi Berkshire sejak 1978, bekerja rapat dengan Buffett hingga menjadi rakan sekerja serta sahabat akrab Buffett selama hampir enam dekad.

Author

Pilihan Editor