HomeGlobalPengarah tanah perkuburan tentera dedah jumlah sebenar kematian askar Israel

Pengarah tanah perkuburan tentera dedah jumlah sebenar kematian askar Israel

 

DI tengah-tengah tuduhan bahawa tentera Israel menyembunyikan jumlah sebenar kematian tenteranya di Gaza, David Oren Baruch telah mendedahkan maklumat yang pihak tentera Israel lebih suka untuk kekal tidak diketahui umum.

Baruch ialah pengarah Tanah Perkuburan Tentera Gunung Herzl. Dialah yang bertanggungjawab mengebumikan tentera Israel yang terkorban dalam pertempuran di Gaza.

Baruch mendedahkan dalam satu wawancara bahawa seorang askar Israel dikebumikan setiap satu jam hingga satu setengah jam di tanah perkuburan tentera.

“Kami kini melalui tempoh di mana setiap jam ada pengebumian, setiap jam setengah pengebumian,” kata Baruch.

“Saya diminta membuka kubur yang banyak. Di tanah perkuburan Mount Herzl sahaja kami mengebumikan 50 askar dalam masa 48 jam.”

Kenyataan Baruch itu dianggap berbeza dengan taklimat harian yang dibuat oleh jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dan pegawai tentera Israel yang lain.

Menurut kiraan rasmi Israel, lebih 60 askar Israel telah terbunuh dalam pencerobohan Israel ke Gaza setakat ini, dengan ratusan yang lain cedera.

Bukti yang didokumenkan oleh pejuang Palestin di Gaza, bagaimanapun, menunjukkan bahawa jumlah itu mesti lebih tinggi, terutamanya kerana ratusan kereta kebal Israel dan kenderaan berperisai lain telah disasarkan dan dimusnahkan, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh pejuang Palestin.

Dalam kenyataan terbarunya pada Ahad, Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Gerakan Penentangan Palestin Hamas, berkata bahawa ia telah memusnahkan 29 kenderaan tentera Israel dalam tempoh sehari.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Israel setakat ini telah membunuh lebih 13,000 rakyat Palestin, termasuk lebih 5,500 kanak-kanak dan lebih 3,500 wanita. – The Palestine Chronicle

Author

Pilihan Editor