HomeSukanSepak pengadil: FAM ‘haramkan’ Yazan Al-Arab

Sepak pengadil: FAM ‘haramkan’ Yazan Al-Arab

 

PETALING JAYA: Bekas pemain Selangor FC (SFC), Yazan Al-Arab ‘diharamkan’ daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak di Malaysia ekoran tindakannya menyepak pengadil pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia, 24 September lalu.

Keputusan itu diumumkan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan, hari ini.

Pemain yang sudah ditamatkan kontraknya oleh ‘The Red Giants‘ didapati melanggar Artikel 51, perenggan 1(a) dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM kerana meluru ke arah pengadil sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil.

“Apabila pengadil memusingkan badan untuk pergi, pemain ini menarik bahu dan seterusnya menolak dengan daya yang berlebihan di bahagian dada pengadil (Pertuduhan 1) dan apabila selepas dilayangkan kad merah, pemain ini secara agresif menyerang dengan menyepak ke bahagian punggung kiri dan telah meludah ke arah pengadil (Pertuduhan 2).

“Pemain ini digantung empat perlawanan bagi Pertuduhan 1 dan digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia bagi Pertuduhan 2,” kata jawatankuasa terbabit dan turut mengesahkan bahawa keputusan itu boleh dirayu. – Utusan

Author

Pilihan Editor