RAMALLAH, Palestin: Tentera Israel menyerbu beberapa kawasan di utara Tebing Barat yang diduduki pada Sabtu dan membunuh dua rakyat Palestin.
Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti mangsa sebagai Wissam Hamran, 22, yang terbunuh semasa pencerobohan Israel ke Arraba, barat daya Jenin, dan Amir Arqawi, 23, yang dibunuh oleh tentera Israel di Jenin.
Agensi berita rasmi Palestin, WAFA berkata, tentera Israel menyerbu Jenin dari arah berbeza dan merosakkan infrastruktur dan jalan raya, memusnahkan beberapa pengubah kuasa dan mengerahkan penembak tepat di kawasan itu.
Saksi memberitahu Anadolu bahawa meletus berbalas tembakan dengan penduduk Palestin di Jenin.
Sekurang-kurangnya 185 rakyat Palestin telah terbunuh dan 2,500 cedera oleh tentera Israel di seluruh Tebing Barat sejak 7 Oktober apabila pertempuran meletus antara kumpulan pejuang Palestin dan Israel di Gaza. – Anadolu