VIDEO tular memaparkan seorang wanita menyamar sebagai jururawat dan mendakwa Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mencuri bahan api dan ubat-ubatan dari Hospital Al-Shifa di Gaza adalah palsu.
Perkara itu disahkan oleh pakar media digital dan maklumat tidak sahih, lapor Agensi Anadolu.
Baru-baru ini, video itu disiarkan di laman X menggunakan akaun Open Source Intel pada Sabtu dan sudah menerima lebih 13 juta tontonan sebelum akhirnya dipadamkan.
Seorang profesor bersekutu di Universiti Hamad bin Khalifa di Qatar, Marc Owen Jones berkata, keterangan wanita itu diteliti dengan jelas secara berperingkat.
“Saya rasa bahagian terbaik dari video yang dirakam dengan jelas ini bukanlah loghat yang meragukan atau bilik yang terang, walaupun Hamas nampaknya didakwa mencuri semua bahan api atau pilihan kecederaan (patah tulang) atau butir perbualan tentera Israel adalah kesan bunyi audio pengeboman,” katanya menerusi hantaran di X.
Video terbabit memaparkan wanita berkenaan memakai pelitup muka.
Sedangkan, Jones berkata, jururawat jarang memakai pelitup muka dalam hospital Al-Shifa.
Apa yang menarik perhatian, tambahnya, wanita itu merakam video ketika dia bersendirian dan tidak memaparkan latar belakang situasi kritikal di Gaza ketika ini.