HomeBerita4 tips elak jadi mangsa ‘e-AHLONG’

4 tips elak jadi mangsa ‘e-AHLONG’

ORANG ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan sindiket aplikasi pinjaman wang ‘e-AHLONG’ yang kini berleluasa di media sosial.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, aplikasi pinjaman wang itu kebiasaannya akan meminta kebenaran untuk mengakses data di telefon bimbit peminjam.

“Mereka akan menggunakan maklumat seperti gambar, video dan kenalan peminjam untuk menganggu serta mengugut peminjam atau kenalan,” maklum KDN menerusi Facebook rasminya baru-baru ini.

Justeru, KDN menyarankan empat tips mudah diamalkan para pengguna telefon pintar.

  • Berhati-hati ketika memberi kebenaran akses semasa muat turun aplikasi ke telefon pintar
  • Tukar semua kata laluan perbankan internet, akaun e-wallet dan media sosial sebagai langkah keselamatan
  • Segera uninstall aplikasi tersebut jika berasa curiga
  • Restart semula telefon pintar. Jika tidak berjaya, format telefon anda.

Author

Pilihan Editor