HomeMV+PendapatAksi ‘soft porn’ - Drama, filem baharu di Malaysia makin melampau!

Aksi ‘soft porn’ – Drama, filem baharu di Malaysia makin melampau!

KEBELAKANGAN ini, timbul ketidakpuasan hati sebilangan rakyat Malaysia dengan adegan babak beberapa filem serta drama yang disifatkan berlebihan.

Perkara itu susulan adegan yang disifatkan ‘soft porn’ dalam sesebuah karya tempatan itu bertentangan dengan ajaran Islam yang umum mengetahui bahawa agama utama di Malaysia adalah Islam.

Seorang rakyat Malaysia, Zabidi Mohamed tampil menyuarakan teguran berhubung isu ini.

Menurutnya, tindakan ini seolah-olah satu konotasi lucah yang sedang dinormalisasikan dalam negara Malaysia.

“Tular di Tiktok dua babak dari drama tajuk W dan drama Syurga Itu Bukan Mudah. Pertama, babak ala-ala cium mulut tapi dilapik dengan kain.

“Kedua, babak pelakon lelaki dengan wajah sedang menikmati keseronokkan akibat seorang wanita duduk bawah mejanya sedang ‘buat projek’. Bila wanita itu keluar dari meja wanita itu menyebut dalam dialog,’Wow! You are the first guy yang boleh maintain relax bila i buat kerja’”.

“Kedua babak ini membawa konotasi lucah yang tidak sepatutnya ada dalam drama Melayu di tv tempatan. Station tv dan penerbit sudah semakin berani membuat provokasi untuk melihat sejauh mana KDN dan LPF boleh bertindak ke atas mereka,” tulisnya di media sosial yang turut mendapat perhatian warga net di Facebook.

Dalam pada itu, Zabidi yang juga seorang penulis skrip turut menyifatkan, pihak berkaitan seolah-olah mencuba memasuki pasaran industri seni tanah air dengan aksi yang tidak senonoh itu.

“Mereka bukan tidak tahu babak babak seperti itu bertentangan dengan nilai yang dipegang oleh penonton yang beragama Islam.

“Mereka tahu, tapi sengaja nak ‘test market’. Kita sebagai penonton Melayu juga berhak untuk menunjukkan sikap dan menyatakan pendirian.

“Kemaruk kejar rating boleh menghilangkan rasa berdosa,” ungkapnya.

Author

Pilihan Editor