HomeHiburan'Aku merayu tolong buang sihir ini' - Nonny Nadirah

‘Aku merayu tolong buang sihir ini’ – Nonny Nadirah

LAMA mendiamkan diri, pelakon Nonny Nadirah tampil dengan merayu agar belenggu sihir yang menghantui hidupnya ditarik balik oleh individu yang didakwa mengganggu hidupnya.

Pemilik nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin, 34, itu berharap boleh pulih dan melepaskan kesengsaraan ditanggung, namun sejak tiga tahun lalu tiada sesiapa dapat membantunya.

“Pergi berubat cakap tak sakit, tiada sesiapa yang dapat menolong. Terhalang, dibiar sakit seorang-seorang.

“Tiga tahun hanya dapat halusinasi buruk dari kamu. Aku merayu secara terang-terangan, tolong hilangkan gangguan ini,” katanya seperti dilapor Kosmo! Online.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim lima itu juga mendedahkan pelaku mempunyai hasad dengki yang tidak berkesudahan kerana sanggup menyeksa orang lain.

Nonny turut berharap agar individu yang menjalankan aktiviti khurafat itu dapat menemui pintu taubat atau segala ilmu hitam tersebut kembali kepada pelaku.

“Jika mereka tidak bertaubat dari segala perbuatan ini, kembalikan setimpalnya kepada penyihir dan jika kamu tidak bertaubat, sumpah laknat itu tetap bersama kami.

“Aku bercakap bukan menurut hawa nafsuku, itu al-Quran perkataan Allah SWT Yang Maha Benar,” ujarnya.

Pelakon Luka Di Hati Diya itu sebelum ini berkongsi tentang individu yang sering masuk campur urusan peribadinya, termasuk ketika dia memilih untuk kembali tidak bertudung.

Sebelum ini, anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu pernah memberi bayangan gangguan sihir antara punca dia hilang dari industri hiburan.

Author

Pilihan Editor