HomeGlobalAnak gunting duit simpanan keluarga, ibu gigih cantum semula

Anak gunting duit simpanan keluarga, ibu gigih cantum semula

SEORANG wanita sedih namun terpaksa reda dengan tindakan anaknya yang menggunting wang kertas bernilai 1,000 rupiah (30 sen) hingga 100,000 rupiah (RM30).

Menerusi TikTok @mahisaka_, dia menceritakan wang tersebut adalah untuk perbelanjaan barangan dapur bagi tempoh sebulan buat keluarganya.

Ibu itu turut menyatakan bagaimana dia boleh bersabar dan meminta penjelasan anak perempuannya.

“Saya hanya mahu menggunting sesuatu,” ujar si kecil itu ketika disoal ibunya.

Meskipun kecewa, wanita itu masih menggunakan pendekatan lembut dan meminta anaknya supaya tidak melakukan kesalahan yang sama lagi.

Dalam perkongsian itu turut kelihatan kegigihannya menghabiskan masa selama beberapa jam demi menampal semula kesemua cebisan wang tersebut.

Difahamkan, Bank Indonesia sebelum ini memaklumkan bahawa wang kertas yang sudah rosak boleh ditukar sekiranya masih terdapat tanda keaslian, namun tidak menyebut tentang wang yang digunting secara tidak sengaja.

Author

Pilihan Editor