HomeHiburan'Bau ketiak, kesan bocor...' Uyaina Arshad dedah sikap peminjam tiada 'common sense'

‘Bau ketiak, kesan bocor…’ Uyaina Arshad dedah sikap peminjam tiada ‘common sense’

PENDEDAHAN seorang pengguna X mengenai rakannya yang tidak memulangkan pakaian dipinjam walaupun sudah diperingati beberapa kali mendapat perhatian warga net.

Malah, kisah itu turut mendapat perhatian pengacara Uyaina Arshad, yang mengingatkan kembali pengalamannya ketika zaman sekolahnya.

“Ada this one girl pinjam baju kurung saya. Baju kurung itu warna purple. Dia pinjam dan pulangkan balik, tanpa saya perlu mengemis which is good.

“Tapi dia pulangkan balik dengan ‘aksesori’ tambahan. Baju tak berbasuh dan ada kesan ‘bocor’ dekat kain baju kurung itu. Ada kesan darah kering di situ.

“Cium baju dengan harapan baju tu berbau wangi. Bila cium baju tu, bau perfume dengan bau ketiak yang dah bercampur. Bila nampak kesan darah tu saya macam…” kongsinya di TikTok.

Menurut Uyaina, dia telah bertindak menegur gadis itu sebelum memintanya untuk mencuci pakaian tersebut.

“Saya bukan nak aibkan, lagi pun tak ada sesiapa pun kenal dia. Ini cuma pengajaran, saya pun dah maafkan orang yang pinjam baju kurung saya tu,” jelasnya.

Susulan itu, pengacara berusia 31 tahun itu menekankan, bahawa setiap individu perlulah mempunyai kesedaran diri serta adab ketika meminjam barang seseorang.

“Ini adalah common sense bila dah pinjam barang orang, pertama sekali pulangkan barang itu sebelum pemiliknya minta berulang kali. 

“Sama juga untuk orang yang berhutang duit. Yang kedua, pulangkan balik barang yang dipinjam dalam keadaan yang sama semasa dipinjam,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pengacara Wanita Hari Ini malah, ada juga yang pernah berdepan situasi yang sama.

“Aku pernah bagi pinjam kasut dan baju, tiba time aku minta, lah dia kata hilang dah lah tak ganti balik,” luah netizen.

I pun ada kenal orang macam ni. dia pakai baju tu depan mata I tanpa minta izin. Pastu dia buat harta pastu dia menafikan yang tu baju I bila I tanya huhu,” kongsi netizen.

“Setujuu… zaman sekarang common sense la semakin tak common dalam masyarakat…,” kata netizen.

Author

Pilihan Editor