HomeBeritaViral'Buang masa, tenaga dan duit' - Pelancong kesal bercuti di Melaka

‘Buang masa, tenaga dan duit’ – Pelancong kesal bercuti di Melaka

HUJUNG tahun merupakan bulan yang paling dinanti-nantikan orang ramai untuk menghabiskan cuti tahunan dengan pergi bercuti sebelum melangkah ke tahun baharu.

Bagaimanapun, percutian yang sepatutnya memberi memori indah berubah menjadi pengalaman buruk buat seorang individu ini yang mendakwa, percutiannya ke negeri Melaka mengecewakan kerana banyak jalan utama di negeri itu ditutup.

“Saya baru balik dari Melaka, dari Perak pergi Melaka nak melancong, sekali semua jalan tutup and tak ada parking.

“Bayangkan nak pergi bercuti tapi tak dibenarkan masuk kawasan pelancongan. Rugi satu jam sebab tak tau jalan kat kawasan situ.

Last-last balik hotel tidur, sebab dah pukul 11 malam and fed up cari jalan nak masuk and parking tapi semua tutup.

“Buang masa, buang tenaga and paling best buang duit,” luahnya menerusi Facebook Melaka Daily.

Tidak mahu insiden itu berulang, individu terbabit mencadangkan pihak bertanggungjawab membuat hebahan melalui media sosial sekiranya terdapat kawasan pelancongan di negeri itu yang ditutup. 

“Bayangkan simpan duit nak melancong tapi tempat pelancongan di tutup.

“Lain kali bila tiba musim cuti sekolah, sila umum kan kawasan pelancongan Melaka ditutup,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor