HomeBeritaCara tebus kredit eMadani jika tiada e-dompet

Cara tebus kredit eMadani jika tiada e-dompet

PENDAFTARAN dan penebusan kredit eMadani boleh dibuat mulai 4 Disember hingga 20 Februari 2024.

Bagaimanapun, pasti ada sebilangan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai aplikasi dompet digital atas faktor tertentu.

Bagaimana mahu memohon kredit RM100 eMadani tanpa dompet digital?

Ikuti penjelasan dibawah!

Suka atau tidak, sumbangan kredit eMadani hanya boleh diterima menerusi penggunaan aplikasi dompet digital sahaja.

Justeru, individu yang ingin memohon sumbangan berkenaan WAJIB memuat naik salah satu penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program eMadani iaitu menerusi MAE Maybank, Touch ‘n Go TNG, Setel atau Shopee sahaja.

Perkara ini penting kerana penebusan kredit eMadani memerlukan proses verifikasi maklumat peribadi pemohon.

Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program eMadani iaitu MAE Maybank, Touch ‘n Go TNG, Setel atau Shopee.

Langkah permohonan kredit eMadani:

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App StoreGoogle Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi  e-dompet tersebut.

Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik ‘KnowYourCustomer’ (eKYC).

Langkah 4: Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.

Langkah 5: Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eMadani daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eMadani .

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMadani untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda.

Namun, anda tidak dibenarkan melakukan 9 perkara dibawah:

1. Pemindahan ‘peer-to-peer’;
2. Penebusan tunai;
3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
5. Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
6. Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Berapa lama tempoh proses permohonan kredit eMadani ?

Sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-dompet pilihan anda. Mengikut kebiasaan, proses ini mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari dari tarikh permohonan.

Author

Pilihan Editor