HomeHiburanKereta Roy Azman hangus dijilat api

Kereta Roy Azman hangus dijilat api

CYBERJAYA: Pelakon, Roy Azman berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya bersama isteri dan anak, terbakar sehingga rentung, malam semalam.

Perkara itu dimaklumkan Roy atau Zairosminan Abdul Rahman, 53, menerusi hantaran video dan foto di Instagram miliknya.

“Salam semua. Alhamdulillah. Saya wife & anak bongsu sempat lari keluar kereta. Syukur,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran lain, sama pelakon filem Magik itu turut bercerita detik cemas yang dilaluinya dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11 malam Ahad.

“Saya, isteri dan anak sempat keluar dari kereta itu yang mana kereta itu saya baru hantar overhaul di Ampang dan petang semalam, saya pergi ambil kereta itu sebab dah siap overhaul. Kitaorang pergi makan di Puncak Alam dengan kawan-kawan.

“Balik pada itu, dalam pukul 11 lebih macam itulah, ada kereta hon-hon nak beritahu yang kereta dah terbakar. Tapi tak nampakpun ada api kat bawah tu sebab kita tengah drive,”

“Masa berhenti tepi jalan tu, api terus membara… menggelupur keluar dengan anak and wife selamatkan diri,” kongsinya menerusi satu klip video pada Isnin.

Tambah Roy, dia amat bersyukur kerana meskipun mengalami kerugiaan, namun nyawa dia sekeluarga masih terselamat.

“Rezeki Allah selamatkan daripada kejadian tak diingini.Syukur sangat. Kenderaan memang total lost, yang penting keselamatan.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin mendoakan keselamatan,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor