HomeBeritaViral'Cekik darah!' - 'Runner' caj RM50 hantar makanan jarak 8km

‘Cekik darah!’ – ‘Runner’ caj RM50 hantar makanan jarak 8km

CYBERJAYA: Kewujudan penghantar makanan atau runner sememangnya memudahkan urusan segelintir individu terutamanya mereka yang mempunyai kekangan waktu.

Khidmat runner biasanya digunakan untuk menghantar makanan, membeli barangan dapur, dan lain-lain urusan.

Manakala, dari segi caj penghantaran ia bergantung kepada servis yang diperlukan serta jarak untuk ke sesuatu lokasi.

Baru-baru ini, tular kisah seorang wanita berkongsi pengalamannya dikenakan caj tidak masuk akal untuk servis penghantaran makanan oleh seorang runner.

Wanita yang dikenali sebagai Mardhiah Mohamad mendakwa, dirinya seperti ditipu oleh seorang penghantar makanan yang mengenakan cas sehingga RM50 walaupun jarak dari rumahnya ke kedai hanya kurang daripada lapan kilometer (km).

Dalam hantaran di Facebook, dia bercerita tentang kisah itu dengan mengatakan hanya memesan nasi berlauk berharga RM7.50 namun, caj servis dikenakan tujuh kali ganda dari harga makanan.

“Kebetulan hari ini umi saya tak sihat. Dia minta saya tolong carikan runner pergi beli nasi kat area Billion (Sri Mutiara). 

“Nak dijadikan cerita, saya mesej seorang runner ini minta tolong belikan nasi untuk umi saya. 

“Saya agak terkejut la tengok dia caj runner untuk beli nasi dan hantar kat umi saya.

“Untuk pengetahuan, dia dari Kota Bharu (KB) hantar ke rumah umi saya kat Kubang Kerian yang jaraknya kurang dari 8km.  Memang begitu ke standard harga runner caj area KB?” soalnya.

Namun begitu, menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp, penghantar makanan itu memberi alasan bahawa harga berkenaan dikira berdasarkan faktor cuaca yang tidak menentu.

“Nasi berlauk ayam: RM7.50, charge runner musim-musim hujan lebat: RM50, total: RM57.

“Musim-musim hujan Mie (nama runner) charge runner mahal sebab skop kerja.

“Kalau hari biasa personal shopper cod (cash on delivery) 10km ke bawah harga basic RM15 sahaja,” jelas runner tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net merasakan caj tersebut terlalu tinggi untuk jarak yang kurang dari 10km.

“Kalau RM50 tu bawa banyak barang berbaloi jugak… tapi kalau sebungkus nasi RM50 terkejut juga,” komen netizen.

“Untuk pengetahuan umum, jarak dari Kota Bharu ke Kubang Kerian kurang dari 8km! benci eh runner bodo ni,” selar netizen

“Berat benar ni naya 50ya (RM50) nyo caj 8km. Kalau press motor tak ada masuk gear habis lagi sampai dah,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor