HomeBeritaDaim disiasat berhubung dakwaan rasuah, pengubahan wang haram

Daim disiasat berhubung dakwaan rasuah, pengubahan wang haram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menyiasat tokoh konglomerat terkenal, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki Beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia yang membuat pengesahan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut perincian kes siasatan terhadap bekas menteri kewangan berkenaan.

Beliau berkata, tindakan sitaan bangunan Menara Ilham yang dikeluarkan menerusi notis di akhbar ini Jumaat lalu, tidak menjejaskan operasi dan urusan di bangunan tersebut.

“Apabila kami menyiasat dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dan melibatkan harta tak alih, kami dibenarkan di bawah Akta SPRM menghantar permohonan sitaan kepada timbalan pendakwa raya.

“Itulah apa yang berlaku. Kami menggunakan kuasa diperuntuk kepada timbalan pendakwa raya untuk mengarahkan pejabat tanah meletakkan kaveat terhadap tanah berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Azam berkata, proses sama telah dilakukan SPRM sejak sekian lama ketika proses siasatan dilaksanakan, sambil menekankan sitaan Menara Ilham itu bukan satu-satunya kes.

Utusan Malaysia dalam laporan semalam mendedahkan, sitaan bangunan Menara Ilham oleh SPRM adalah untuk menyekat apa-apa tindakan menjual, memindah hak milik atau melupuskan bangunan tersebut secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan tersebut.

Sitaan dilakukan selepas satu siasatan telah dibuka berkaitan dengan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.

Nilai berkenaan membabitkan pengambilalihan saham Renong Berhad sebanyak 32.6 peratus ekuiti oleh UEM Group.

Dedah Utusan Malaysia, SPRM telah pun dijalankan bermula pada awal tahun sehingga kini.

Sitaan dilakukan selepas siasatan SPRM mendapati pemilik kepada Menara Ilham adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh isteri dan anak kepada seorang bekas menteri kewangan.

Projek pembinaan Menara Ilham itu adalah lebih kurang RM580 juta.

Apa-apa aktiviti operasi harian dalam bangunan tersebut berjalan seperti biasa dan tidak dihalang oleh SPRM. – Utusan

Authors

Pilihan Editor