HomeBeritaViral'Dasar tak bersyukur!’ – Pelanggan ‘homestay’ bayar RM250 satu malam, minta barang...

‘Dasar tak bersyukur!’ – Pelanggan ‘homestay’ bayar RM250 satu malam, minta barang dapur ‘level T20’

MENGUSAHAKAN inap desa (homestay) mungkin kedengaran senang namun, semuanya tidak semudah kata kerana adakala pengusaha perlu berdepan dengan pelbagai ragam manusia.

Seperti yang diluahkan oleh seorang pemilik inap desa di Melaka, cabaran buat dirinya apabila mendapat seorang pelanggan yang cerewet keterlaluan.

Menerusi perkongsian di Facebook, pemilik berkenaan berkongsi kisah seorang pelanggan yang menempah satu malam di inap desanya, mempertikai kualiti barangan dapur yang disediakan di rumah itu tidak bagus.

Dalam pada itu, pemilik berkenaan turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualannya bersama pelanggan terbabit di WhatsApp.

“Homestay awak guna beras apa ni? Kami masak tak seleralah nak makan nasi macam ni. Telur gred C ke D ni? Kecil, kami ramai. Telur 12 biji je ke bagi?

“Orang bayar RM250 bukan sikit bagilah beras elok sedikit, lain kali bagi beras wangi atau paling ‘lowclass’ pun beras basmathi, bukan beras murah macam itu nak bagi orang makan.

“Ingat kami ini ayam ke nak bagi makan beras macam itu? Dah lah kicap sos pun cap Jalen sahaja, ada lagi satu kicap dari China agaknya. Dah macam duduk ‘homestay’ bajet, rumah cantik dah tapi beras, telur entah apa-apa kau bagi orang makan,” tulis pelanggan itu.

Lantaran itu, pemilik tersebut memberi penjelasan kepada pelanggannya dengan mengatakan bayaran RM250 semalam bagi sebuah inap desa disediakan empat bilik tidur yang kesemuanya dilengkapi penghawa dingin, manakala bekalan makanan tersebut adalah barangan sedekah untuk pelanggan dari pihak tuan rumah.

“Harga kami RM250 je semalam cik.. Empat bilik semua berhawa dingin, peralatan dan bahan memasak semua kami bagi percuma.

“‘Homestay’ lain tiada sediakan rasanya beras, telur, garam, roti semua itu cik. Kami sediakan sebab niat nak sedekah dan mudahkan urusan pelanggan. Maaflah kalau tak sesuai dengan tekak,” balasnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net menyifatkan pelanggan terbabit adalah manusia jenis kufur nikmat.

Author

Pilihan Editor