HomeGaya HidupKetahui 7 kesan panas baran

Ketahui 7 kesan panas baran

SIKAP baran atau kemarahan yang tidak terkawal boleh mengundang pelbagai kesan buruk kepada individu yang mengalami serta orang di sekelilingnya.

Kemarahan boleh berlaku atas pelbagai sebab sama ada mudah tersinggung, salah faham dalam komunikasi, atau sesuatu yang mengganggu sehingga membuatkan seseorang gagal mengawal emosi.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi X berkata, adalah normal seseorang individu menunjukkan emosi marah namun, jika ledakan kemarahan terlalu kerap dan mudah meletus ia dikatakan sebagai baran. 

Menurutnya, sikap baran berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya:

  • Faktor genetik dan persekitaran
  • Bagaimana seseorang individu dibesakan
  • Masalah mental seperti kemurungan, bipolar, ADHD, 
  • Pengambilan bahan terlarang
  • Masalah fizikal seperti thyroid, tumor
Kesan mempunyai sikap baran. Foto: X Public Health Malaysia

“Jika sikap baran anda telah memberi kesan negatif kepada rumahtangga, hubungan di tempat kerja, mengakibatkan kemalangan, pergaduhan. Sila dapatkan bantuan dan rawatan. 

“Cuba amalkan mindfulness dan aktif dalam aktiviti fizikal untuk mengeluarkan tenaga baran dalam diri,” nasihat PHM.

Author

Pilihan Editor