HomeGlobalDidera guna semburan air oleh CIA, warga Palestin tahanan Teluk Guantanamo saman...

Didera guna semburan air oleh CIA, warga Palestin tahanan Teluk Guantanamo saman UK

SEORANG tahanan Teluk Guantanamo, dipercayai salah seorang daripada orang pertama didera menggunakan teknik semburan air oleh Agensi Risikan Pusat (CIA), boleh meneruskan tuntutan mahkamah terhadap kerajaan United Kingdom (UK), kata Mahkamah Agung.

Zayn al-Abidin Muhammad Husayn, seorang lelaki Palestin yang lebih dikenali sebagai Abu Zubaydah, membawa tuntutan terhadap Pejabat Luar, Komanwel & Pembangunan (FCDO), Pejabat Dalam Negeri dan Peguam Negara berhubung dakwaan bersubahat dalam penyeksaannya.

Abu Zubaydah ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sejak ditangkap di Pakistan pada 2002 dan pada 2006 dihantar ke Teluk Guantanamo di Cuba di mana dia ditahan sejak itu.

Bekas presiden AS, George W Bush pada 2002 menyifatkan Abu Zubaydah sebagai “ketua operasi Al Qaeda”.

Tetapi dilaporkan bahawa kemudiannya pegawai membuat kesimpulan bahawa dia adalah pengatur berpangkalan di Pakistan untuk penyokong ideologi Islam dan tidak pernah menjadi ahli rasmi Al Qaeda.

Mahkamah Tinggi sebelum ini mendengar dakwaan Abu Zubaydah bahawa beliau “ditahan sewenang-wenangnya” di penjara “gelap” yang dikendalikan CIA di Thailand, Poland, Maghribi, Lithuania dan Afghanistan di mana beliau “tertakluk kepada penganiayaan dan penyeksaan yang melampau”.

Abu Zubaydah tidak mengatakan bahawa tentera UK terlibat dalam penangkapan, penghantara ke tempat tahanan itu atau hadir semasa penganiayaan dan penyeksaan beliau.

Dia mendakwa bahawa perkhidmatan keselamatan MI5 dan MI6 menghantar banyak soalan kepada agensi itu untuk digunakan dalam soal siasat walaupun menyedari bahawa dia mengalami penganiayaan dan penyeksaan melampau di tangan CIA sejak sekurang-kurangnya pada Mei 2002.

Kini, empat hakim di mahkamah tertinggi UK mendapati terdapat “faktor besar” yang menghubungkan dakwaan itu dengan UK.

Memberi keputusan majoriti, Lord Lloyd-Jones dan Lord Stephens berkata: “Pada pandangan kami, pihak yang menuntut telah membuat kes yang menarik yang memihak kepada pengenepian peraturan am dalam keadaan luar biasa kes ini.”

Dalam penghakiman berbeza, Lord Sales berkata adalah “sangat penting bahawa pihak yang menuntut mengalami kecederaan peribadinya dan dipenjarakan di enam negara”.

Jabatan kerajaan tidak mengakui mahupun menafikan bahawa mereka tahu di mana Abu Zubaydah ditahan dari semasa ke semasa, atau mereka tahu bagaimana dia diperlakukan, dengan alasan mereka tidak boleh berbuat demikian atas sebab keselamatan negara. – The National

Author

Pilihan Editor